Widget HTML #1

Bank muamalat fixed deposit Kembali dengan rate 4.05%


 Bismillah. Tajuk Tidak salah. Bagi anda yang tercari-cari dimana anda boleh gandakan duit simpanan anda dengan lebih menguntungkan sudah tentu anda akan memilih fixed deposit atau fd. Kini peluang yang anda cari telah wujud di depan mata, ya betul Bank muamalat telah melancarkan kempen pelaburan fixed deposit yang menguntungkan dengan menawarkan rate sehingga 4.05% setahun. Syaratnya amat mudah, iaitu anda hanya perlu membuat pelaburan yang berjumlah RM50,000.00 saja. Sumber dana yang bakal anda laburkan haruslah dari sumber dana baru samaada dari dana keuntungan perniagaan atau dana dari institusi kewangan yang lain.

Inilah masanya untuk anda dapatkan pulangan fixed deposit paling tinggi di pasaran ketika ini. Walaupun pelaburan fd ini tidak sebanyak pulangan dari pelaburan lain, tetapi yang pasti modal pelaburan tetap terjaga dan tidak hilang tidak seperti pelaburan-pelaburan skim cepat kaya. Bak kata pepatah, jangan tamak dan biarlah ia selamat dan anda tenang.Semoga dengan peluncuran kempen baru ini dari bank muamalat, dapat memberi dan membuka peluang kepada mereka yang inginkan dividen fixed deposit paling tinggi pada hari ini. 

Jom sebarkan kempen fixed deposit bank muamalat yang menguntungkan kepada semua sanak saudara, adik beradik, ahli keluarga dan kawan-kawan serta sahabat-sahabat anda semua.

Semoga post yang pendek ini memberi manfaat pada anda semua




Catat Ulasan for "Bank muamalat fixed deposit Kembali dengan rate 4.05%"